Thursday, July 21, 2011

Khas Buat Para Ibu...

Saturday, July 2, 2011

1 Murid 1 Sukan SKPG3





Friday, June 17, 2011

Pakej Mesin Sulam

RM7,598.00

Apa yang anda dapat?
  • Sebuah Mesin sulam komputer Janome model MC350e
  • 3 Memori card mengandungi corak sulaman baju kurung, kebaya, huruf & abjad, tulisan khat jawi dll (300 corak)
  • 3 hari kursus pengendalian mesin sulam
  • 11 projek beserta bahan
  • 1 tahun kelas jahitan untuk belajar 24 projek (x masuk bahan)
  • 3 keping voucher RM100 untuk belajar 3 projek tambahan

FREE GIFT dari epal while stock last!!-----> 1 pendrive (100 corak)

Apa tunggu lagi??
call/sms: 012-7032846

Ciri-ciri Mesin Sulam
  • Pengendalian mesin yang mudah dengan kawalan skrin sentuh.
  • Mengemaskan benang atas dan bawah dengan pemotong benang secara automatik.
  • Pemasang benang automatik.
  • Terdapat pemotong benang secara manual pada gelendung (tempat isi benang bobbin).
  • Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% - 110%.
  • Perubahan pada paten yang boleh diputar 45 darjah - 90 darjah.
  • Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten yang baru.
  • Keupayaan menduplikasi corak.
  • Memori mesin yang menyimpan 100 paten pelbagai sulaman objek dan bunga-bungaan.
  • Terdapat 3 jenis corak tulisan yang menarik.
  • Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam USB / kad ATA.
  • Ruangan maksimum sulaman ialah 5.5'' x 7.9'' menggunakan Giga Hoop.
  • Kelajuan 650 mata jahitan per minit.
  • Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
  • Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
  • Kemahiran menjahit tidak diperlukan keran anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

Keistimewaan mesin yang mampu menghasilkan:
  • Sulaman
  • Kerawang
  • Lace / Renda
  • Corak 3 Dimensi
  • Cross Stich
  • Jahitan Abjad / Perkataan
  • Seni Tampal
  • Brush-Out
  • Logo

Cara Bayaran:

  • Tunai
  • Kad Kredit
  • Program Mudah Bayar Tanpa Bunga (melalui kad kredit)
  • Program Mudah Bayar EPAL (Easy Payment)
  • Kemudahan Kredit AEON

Thursday, June 16, 2011

Bengkel MyLock 744D


Klik pada gambar untuk lebih jelas

Wednesday, June 15, 2011

My lock 744D




MC300E - Sulam Baju Kurung & Kebaya

MC300E - Langkah Asas Penggunaan

Friday, June 10, 2011

Kursus Tudung DIY

Yuran + Bahan = RM 89.00
Sewa Mesin = RM 15.00 (Tidak perlu bayar jika penyertaan 20 org)

JUMLAH = RM 104.00

Berminat? Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. Call/sms: 012-7032846 (pn. Rosita)

Wednesday, June 1, 2011

Pencil Case

kalau nak try buat pencil case macam ni boleh lihat toturial kat SINI. Senang jer dan boleh guna perca2 kain sebab dia gunakan kain sikit2 jer.



Tapi untuk bahagian tepi ni...saya tak jahit mesin sbb susah dan tebal. So, saya jahit tangan jer guna jahitan insang pari.

Tuesday, May 17, 2011

Raw-Edge Appliqué dah siap!

Sebenarnya dah seminggu siap cuma x der masa nak upload gambar. First time buat raw-edge applique, mudah siap sbb senang jer..just jahit jer kat sekeliling corak. Oleh kerana baru pertama kali buat so, x kemaslah jahitannya...hihihi alasan!! sebenarnya nak cepat siap...





dah gantung kat dinding dah...

Tuesday, May 10, 2011

a vase with flowers.

Hari ini entah macam mana boleh terjumpa dgn blog MyBotang Crafty Corner: Sew along dan tersangatlah cantiknya gambar bunga dalam pasu tu sehingga membuatkan hati berdegup2...hahaha saya mesti buat ini...walaupun dah terlambat sebab kalau ikutkan tarikhnya..x kira lah...yg penting saya nak buat juga!!

Inilah dia rupanya projek yg akan dilaksanakan...tunggu hasilnya

Wednesday, May 4, 2011

May 13, 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.


Apa yg saya nampak daripada nombor2 tersebut? Mengikut kaedah Mokhdar, May=5 disebut MA dan 13 disebut TI. Jika digabungkan jadi MATI. Secara kebetulan jer tu...hehehe

no.13 apa kaitannya dengan cerita hantu/seram?

Baru2 ni saya ada menonton cerita KATIL 13 lakonan rusdi ramli. Cerita kes pembunuhan, seram dan menakutkan...last sekali baru tahu yang org tu rupanya org gila duduk kat katil no.13...

lalu terlintas di kepala saya kenapa katil 13... tak katil 7 ke..katil 20 ke... macam biasa saya tanya pak cik google. apa yang saya jumpa ialah dulu pun dah ada tajuk seumpama ni..

saper pernah tengok drama bersiri BILIK NO.13 terbitan RTM suatu ketika dahulu?

Siri drama seram sebanyak 13 episod ini membongkar siasatan yang dijalankan seorang siswi fakulti psikologi yang membuat kajian mengenai pertalian kepercayaan paranormal dan dunia psikologi.

Menerusi pita rakaman yang ditemuinya yang dirakamkan di bilik nombor 13 oleh beberapa pakar psikologi beberapa tahun lalu, lantas membongkar pelbagai cerita misteri.

Kenapa ekk cerita seram dikaitankan dengan no.13?

setelah direnung2...difikir2... baru ler saya tau. Rupa2nya 13 tu maksudnya MATI dalam sebutan mokhdar...erkk nasib baik rumah saya tak ada yang no.13..tak bagus rupanya...

Wednesday, April 27, 2011

Alas Meja Sepanjang Masa





Friday, April 22, 2011

Jahit Sembat Guna Mesin Janome 2049

Jahit Pucuk Rebung Guna Mesin Janome 2049

Jahit Lubang Butang Guna Mesin Janome 2049

Jahit Mata Lalat guna mesin Janome 2049

Puff Quilt

Friday, April 15, 2011

Pokok Mulberry Depan Rumah

Pernah minum air mulberry? Rasanya lebih kurang macam air anggur tapi ada macam biji2 yang tak hancur.
Air Mulberry beli kat Leno, mahal tuu..RM17.50 1 liter
(kalau perasa lain baru RM 9.90 jer)


Inilah rupanya buah mulberry
(yg warna gelap tu manis...)


Ini pula pokok mulberry yang dah merimbun di depan rumahku


Pokok mulberry ni asalnya ditanam dalam pasu, tapi bila dah besar saya alihkan di luar pagar.



Dealer Emas GCP

Kini saya telah menjadi dealer bagi produk emas syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd atau dikenali sebagai GCP.

Produk2 keluaran GCP adalah seperti berikut:-

Gold Dinar


Gold Bar 10g, 20g, 50g & 100g

Rantai Tangan Gajah Padu 50g & 100g


Rantai Tangan Pasir Padu emas 999 10g, 20g, 50g & 100g


Sila rujuk harga terkini dibahagian bawah blog dan hubungi saya jika ingin membeli...

012-7032846
Pn.Rosita
ad1870


Promosi Istimewa LESS 2% dari harga pasaran...

Monday, February 28, 2011

Tanzil - Quran Navigator

Tanzil - Quran Navigator

Catatan Popular