Tuesday, May 17, 2011

Raw-Edge Appliqué dah siap!

Sebenarnya dah seminggu siap cuma x der masa nak upload gambar. First time buat raw-edge applique, mudah siap sbb senang jer..just jahit jer kat sekeliling corak. Oleh kerana baru pertama kali buat so, x kemaslah jahitannya...hihihi alasan!! sebenarnya nak cepat siap...





dah gantung kat dinding dah...

Tuesday, May 10, 2011

a vase with flowers.

Hari ini entah macam mana boleh terjumpa dgn blog MyBotang Crafty Corner: Sew along dan tersangatlah cantiknya gambar bunga dalam pasu tu sehingga membuatkan hati berdegup2...hahaha saya mesti buat ini...walaupun dah terlambat sebab kalau ikutkan tarikhnya..x kira lah...yg penting saya nak buat juga!!

Inilah dia rupanya projek yg akan dilaksanakan...tunggu hasilnya

Wednesday, May 4, 2011

May 13, 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.


Apa yg saya nampak daripada nombor2 tersebut? Mengikut kaedah Mokhdar, May=5 disebut MA dan 13 disebut TI. Jika digabungkan jadi MATI. Secara kebetulan jer tu...hehehe

no.13 apa kaitannya dengan cerita hantu/seram?

Baru2 ni saya ada menonton cerita KATIL 13 lakonan rusdi ramli. Cerita kes pembunuhan, seram dan menakutkan...last sekali baru tahu yang org tu rupanya org gila duduk kat katil no.13...

lalu terlintas di kepala saya kenapa katil 13... tak katil 7 ke..katil 20 ke... macam biasa saya tanya pak cik google. apa yang saya jumpa ialah dulu pun dah ada tajuk seumpama ni..

saper pernah tengok drama bersiri BILIK NO.13 terbitan RTM suatu ketika dahulu?

Siri drama seram sebanyak 13 episod ini membongkar siasatan yang dijalankan seorang siswi fakulti psikologi yang membuat kajian mengenai pertalian kepercayaan paranormal dan dunia psikologi.

Menerusi pita rakaman yang ditemuinya yang dirakamkan di bilik nombor 13 oleh beberapa pakar psikologi beberapa tahun lalu, lantas membongkar pelbagai cerita misteri.

Kenapa ekk cerita seram dikaitankan dengan no.13?

setelah direnung2...difikir2... baru ler saya tau. Rupa2nya 13 tu maksudnya MATI dalam sebutan mokhdar...erkk nasib baik rumah saya tak ada yang no.13..tak bagus rupanya...

Catatan Popular