Monday, June 22, 2009

Pakej Zero To Hero

Kali ini saya ingin memperkenalkan Pakej Zero To Hero. Pakej ini amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia jahitan. Pakej ini mengandungi:-

1). Sebuah Mesin Jahit Serbaguna Janome 2049

2). Magic Kit (20 tapak mesin pelbagai guna)
  • Tapak transparent, tapak sembat, tapak jahit plastik tak kedut, tapak kelim bulat, tapak jahit lurus kain nipis, tapak bilding, tapak jahit kulit, tapak jahit tepi, tapak jahit lubang butang satu langkah, tapak sulam, tapak jahit zip dan paiping, tapak kedut, tapak jahit zip sembunyi, tapak kuilting, tapak pasang butang, tapak pin tuck, tapak serbaguna, tapak jahitan lurus basi 1/4, tapak 3 way cording.




3). 24 Set Buku Seni Fabrik
  • Langkah demi langkah untuk membuat 24 projek

  • Setiap langkah di sertakan gambar berwarna


  • Mudah difahami

4) VCD
  • Sistem pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran.

  • Lebih jelas dan mudah difahami.

5) 12 bulan kursus PERCUMA
  • Belajar membuat pakaian wanita, kanak-kanak, baju kurung, gaun smocking, seluar dan kemeja.

  • Belajar membuat pelbagai fesyen aksesori seperti beg bunga mini berbentuk Rombus, beg 'Queen of Nature', beg patchwork bunga api, beg tangan cornus, teropah manik dan banyak lagi.

  • Belajar membuat home decoration seperti wall hanging, jam patchwork, langsir, kalendar, alas kaki, alas meja, sarung kusyen dan cadar.

  • Belajar membuat kraftangan seperti bakul serbaguna dan set strawbery lunch box.

  • Terdapat juga projek tambahan seperti membuat rantai tangan, keronsang dll.


Pakej yang sungguh lengkap ini membolehkan sesiapa sahaja boleh menjahit dengan mudah dan cepat. Pasti puas hati jika dapat menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk orang yang tersayang. Disamping itu, pakej ini juga adalah langkah pertama untuk anda mula mengambil tempahan dan mendapat pendapatan sampingan.


Untuk mengetahui harga pakej ini sila hubungi jh_93rosita@yahoo.com

Ada hadiah misteri menanti anda yang mengambil pakej ini dari saya.




Thursday, June 11, 2009

Beg Tangan Rombus

Beg ini merupakan projek bagi bulan Mei. Teknik yang dipelajari ketika membuat beg ini adalah:-
  • Mempelajari cara membuat beg.
  • Mempelajari cara memotong kain dengan cepat dan tepat menggunakan Set Rottary Cutter.
  • Mempelajari teknik cantuman patchwork water colour menggunakan kertas gam yang berpetak-petak.
  • Mempelajari cara menyembur gam pada batting menggunakan spray.
  • Mempelajari cara menjahit kuilting pada setiap cantuman.
  • Mempelajari cara menggunakan bias tape maker.
  • Mempelajari cara menggunakan loop turner.
  • Mempelajari teknik membuat bunga rombus dan bunya yoyo.
  • Mempelajari cara membuat butang bungkus untuk tompok tengah bunga.
  • Mempelajari cara membuat tali beg.
  • Mempelajari cara menjahit paiping pada mulut beg.
  • Mempelajari cara mengemaskan paiping dengan jahitan sembat tangan.

Memang puas hati bila sudah dapat menyiapkan beg ini. Kalau ada yang berminat hendak menempah beg ini boleh hubungi saya.

Harga bahan RM 89.00 + Upah jahit RM 30.00 = RM119.00

Anda berminat ingin mempelajari membuat beg ini? Boleh... semua orang boleh belajar membuatnya walaupun sebelum ini anda tidak pernah pegang mesin jahit pun.

Harga bahan RM 89.00 + Yuran kursus RM 100.00 (Bukan VIP)
Harga bahan RM 89.00 + Yuran kursus PERCUMA (Ahli VIP)
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Catatan Popular